RM Addicted

RM Addicted

02 January 2014

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM BAGI TAHUN 2014

Assalamualaikum wbt...

Pagi tadi dah story pasal tahun baru. So, petang ni ada sikit makluman aku nak share dengan you all especially penjawat awam. Kat bawah ni ada Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Untuk Tahun 2014. Hmmmm....gaji awal hanya pada bulan Oktober & Disember sahaja. Bulan yang lain semua adalah seperti biasa.Tapi, bagus jugak sebenarnya. Takdelah berlaku kes terlebih belanja kan?? Kalau tidak, menjelang gaji bulan depan...SANGAP!!!!!!

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam
Bagi penjawat awam, jadual pembayaran gaji ini adalah penting buat mereka dalam merancang kewangan dan perbelanjaan bulanan keluarga

Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:

Tarikh / Bulan / 2014

       Hari

Catatan
23 Januari       Khamis        Tahun Baru Cina 31 Jan – 1 Feb
25 Februari    Selasa
25 Mac    Selasa
24 April    Khamis
22 Mei   KhamisPesta keamatan 30-31 Mei
25 JunRabuHari Gawai 1-2 Jun
22 Julai  SelasaHari Raya Puasa 28-29 Julai
25 Ogos Isnin
25 September   Khamis
16 Oktober   KhamisHari Deepavali 23 Oktober
25 November Selasa
18 Disember   KhamisHari Krismas 25 Disember


# Sumber - http://www.mysumber.com/informasi/jadual-dan-tarikh-gaji-2014-kakitangan-awam#ixzz2pF3nflx8

So, selamat merancang perbelanjaan anda dengan berhemah ye!!!!!

That's all....annyeong!!!!

Antara 1 JANUARI DAN 1 MUHARRAM....

Assalamualaikum wbt...

Salam 2014 guys!!!! Hari ni dah masuk hari ke-2 kita dalam tahun baru ni. Alhamdulillah...syukur tak terhingga kepada Yang Maha Esa...diri ini masih diberi kesempatan untuk bernafas dan mencari rezeki di bumi Allah yang teramat luas ini. Masih dirahmati dengan kasih sayang yang mencurah2 daripada insan2 disekeliling...especially my most beloved MAMA&PAPA...my only sis Kak Long...my anak5 sedara...my big family Daimanians....my cheerful SSM crew....dan juga sahabat2 yang lain. Sesungguhnya, antara nikmat Allah yang paling besar selain daripada nikmat iman adalah KASIH SAYANG. Trust me....TONES OF MONEY ARE TOTALLY USELESS WITHOUT LOVE!!!

Apabila masuk sahaja tahun baru, topik utama yang akan dibicarakan...APAKAH AZAM TAHUN BARU KITA??So klisye...sebab setiap tahun kita akan bertanya dan ditanya dengan soalan yang sama. Seolah2 kita telah meletak satu penanda aras masa untuk kita membuat sebarang perubahan pada diri kita...to become a better me kononnya. Jika difikir2kan balik...apabila menjelang 1 MUHARRAM...tiada siapa yang pernah mengajukan soalan yang sama. Kalau ada pun...sangat sedikit bilangannya. Kenapa ek?!Sebagai orang Islam...adakah kita tidak pernah sedar bahawa 1 Januari is NOTHING compare to 1 Muharram. 1 Januari hanyalah peralihan tahun...daripada 2013 ke 2014....reload semula cuti tahunan (bagi yang bekerja)....dapat beg & uniform baru (bagi yang bersekolah)......and etc...etc...etc.

Tapi, berbeza dengan 1 Muharram...masuk sahaja waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah...bermakna kita sudah melangkah ke tahun Hijrah yang baru. Dan ianya bukan sekadar peralihan tahun kerana pada ketika ini, buku amalan kita yang dijaga dan dikemaskini dengan rapi oleh Malaikat Raqib & 'Atid akan diangkat naik ke langit untuk dipersembahkan kepada Yang Maha Agung...satu-satunya pencipta kita...ALLAH SWT. Tahukah kita bahawa segala catatan dalam buku itu yang akan menentukan nasib kita di akhirat kelak?? Tiada satu pun perbuatan kita, sama ada yang baik atau pun yang buruk akan terlepas daripada perhitungan di padang mahsyar. Walaupun ukurannya hanya sebesar zarah!!!!!! (Surah Al-Zalzalah : Ayat 7-8)

A007

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

A008
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

So guys...aku pun mcm korang juga...sering alpa dengan kehadiran 1 Muharram tetapi sangat excited dengan kehadiran 1 Januari. Tidak salah untuk kita menanam azam baru apabila setiap kali menjelang 1 Januari kerana ianya boleh merangsang diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan mencapai kejayaan yang lebih besar. Cuma, sebagai seorang Muslim, adalah lebih baik jika kita lebih peka dengan azam untuk mencantikkan buku amalan kita sebelum masuk 1 Muharram yang berikutnya kerana walau sehebat mana pencapaian kita di dunia ini...pada pengakhirannya...kita akan bertemu jua dengan SANG PENCIPTA kita dan buku amalan itu yang akan dibuka....

Thats all for now....Annyeong!!!!!