RM Addicted

RM Addicted

25 July 2014

MH370 & MH17...dugaan besar untuk Malaysia

Assalamualaikum guys..

Agak lama juga aku menyepi...bukan apa...sebab aku rasa tiada apa yang menarik untuk dikongsi dengan you all. So, drpd cerita perkara2 yang entah apa2...better to keep silence for a while...hehehe!!!

Lebih 4 bulan yang lalu...satu Malaysia..bukan...satu dunia telah dikejutkan dengan tragedi KEHILANGAN pesawat MAS MH370 yang berlepas ke Beijing pada 12.41 am, 8 Mac 2014 tapi....tiba-tiba hilang daripada liputan radar. Misteri kan??? Inside the plane...Pilot & co-pilot, 12 crews & 239 passengers.

Yang jadi misterinya...kapal tu dilaporkan HILANG...bukannya terhempas, jatuh, meletup or apa2 yang seangkatan dengannya. Perkataan HILANG tu memang sangat memeranjatkan satu dunia. Macam-macam cerita mula keluar...masing2 cuba mencipta teori sendiri..ada yang kata mungkin telah dirampas (hijack)...ada yang kata mungkin telah jatuh terus ke dalam laut tanpa ada sebarang letupan...and ada juga yang mengatakan ianya adalah konspirasi pihak2 tertentu. Dan yang terbaru...satu lagi pesawat MAS, MH17 yang dilaporkan DITEMBAK JATUH oleh peluru berpandu puak pemisah pro Rusia di kawasan bergolak sempadan Russia-Ukraine. All passengers & crews DIED TRAGICALLY.Innalillahiwainnailaihiroji'un. And now, kerajaan Malaysia sedang berusaha keras untuk membawa pulang jenazah mangsa-mangsa pesawat malang itu.

Haaaa......Ketika ini kita dapat melihat kemunculan keyboard warrior...hero di alam maya...yang akan menulis bermacam-macam andaian....bermacam-macam teori...seolah-olah mereka mengetahui segala-galanya. Hebat depa nih!!!!Memang hebat!!!!

Bagi aku, tak menjadi satu kesalahan kalau kita nak berkongsi pendapat atau teori...tapi tak perlu sebarkan ia sehingga menjadi viral dan dianggap seperti itu adalah kebenaran yang perlu didedahkan kpd semua. Padahal kita tak tahu apa-apa...aku repeat..TAK TAHU APA-APA!!!!Yang paling tak sedapnya, ada segelintir manusia yang sangat suka menuding jari ke arah orang lain..ok lah...utk lebih jelas lagi...SIKAP MENYALAHKAN KERAJAAN.

Aku pelik..memang pelik...apabila berlaku sesuatu bencana di Malaysia, semuanya salah kerajaan. Kerajaan tak betul...kerajaan zalim...kerajaan mungkar...sebab tu Allah turunkan bencana kat Malaysia...Astaghfirullahal'azim....siapa kita nak bercakap sebegitu???Tanpa kita sedar, insan2 yang kita anggap melakukan kemungkaran itulah yang berhempas pulas siang & malam untuk menyelesaikan isu ini. Anda????Apa tugas anda wahai si keyboard warrior selain dari mengutuk & mengeji????Anda mungkin terlupa bahawa anda akan dipersoalkan di akhirat kelak atas setiap perkataan yang anda tulis. Anda menyebarkan maklumat yang anda MAHU PERCAYA dan anda mahu orang lain juga percaya tanpa mengira sejauh mana kebenarannya.

I am Malaysian...and I love my country...I love my leaders. So frustrated bila rakyat negara luar lebih menghormati pemimpin kita daripada rakyat negara sendiri.Shame on you la Malaysian!!!Mungkin betul pemimpin2 kita ada melakukan kesilapan, tapi siapa kita untuk menghukum????Mereka juga manusia biasa...kadang2 terleka dengan kuasa & harta...tapi janganlah sampai kita langsung tak nampak kebaikan yang diberi....kalau kita tak mampu beri nasihat atau teguran..adalah lebih baik kita mendoakan agar Allah tunjukkan jalan yang lurus kpd pemimpin2 kita dalam mentadbir negara ini. Bukan taburkan mereka dgn kata-kata cacian & hinaan.

Tragedi MH370 & MH17...dua tragedi terburuk dlm tahun ini. MH370...sehingga kini tiada siapa tahu (atau mungkin ada pihak yang tahu) apakah yang sebenarnya terjadi kpd pesawat itu manakala MH17...masih belum diketahui siapa dalang di sebalik tindakan tak berperikemanusiaan yang telah mengorbankan beratus-ratus nyawa yg tidak berdosa???Dan peranan kita sebagai orang-orang yang tidak mengetahui realiti di sebalik kejadian tersebut, adalah lebih baik kita diam & berdoa daripada menyebarkan teori/fakta2 yang dikarang mengikut imaginasi kita semata-mata. Hormati perasaan ahli keluarga mangsa. Dan beri ruang pada pemimpin2 kita & pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Finally...jadilah rakyat yang berjiwa MALAYSIA....#prayforbothMH370&MH17...

Till then....annyeong!!!