RM Addicted

RM Addicted

26 December 2013

Alkisah......BUKIT BROGA

Assalamualaikum guys!!!

Sedar tak sedar, kita dah nak melangkah ke tahun 2014. Hari ni 26 Dis...only a few days left. Rasa2nya dah tercapai ke azam 2013 korang?Hahahaha...setiap tahun nak buat azam baru...padahal azam yang lama pun tak tertunai lagi. Pada aku, kalau nak berazam tak perlu tunggu tahun baru. Sentiasa memperbaiki diri...ISTIQAMAH...itu adalah jauh lebih baik kan??Ok...lets move to the main story for today...BUKIT BROGA. 


Hari Ahad lepas...22/12/2013...me and my beloved Daimanians pergi memanjat Bukit Broga. Bukit ni letaknya di Semenyih...about 10 minutes driving from my kampung, Beranang. Asalnya, program Broga ni idea my uncle Pak Li. Dia kata kitorang asyik buat program makan2 je...why not this time kitorang buat program sihatkan badan.Haa.....tu yang sampai ke Bukit Broga tu. Actually, Bukit Broga ni memang famous among amateur hikers...cuma kitorang ni je yang tak berapa nak amik kisah...hehehe!!! But, bila my pakcik dah cabar...hmmm...memang WAJIB la kan!!!Pantang dicabar ni...jiwa orang muda kan...chewwwaahh!!!
Here we go!!!
Sunday morning...the very the early morning...7.00 a.m...kami beramai2 tiba di kaki bukit keramat tu....bersama misi yang hendak dicapai....BROGA HILL...here we come!!! Tapi...hajat nak tengok sunrise memang tidak lah tercapai kan...(sunrise apakah pukul 7 pg bru sampai kat kaki bukit!!!). Masa kami sampai, memang dah banyak kereta parking kat situ. Means...dah ada orang yang dah mula mendaki.
tengok sunrise kat kaki bukit je...hehehe!!!
sebelum memulakan misi
Misi bermula...aktiviti kali ni, bukan takat kami2 yg dewasa ni je join...yang kiddos pun ikut jugak. Hmmm...diorang memang semangat la kan...laju je panjat bukit tu. Kitorang ni je yang termengah2..almaklumla...sendi2 dah 30 tahun. Then, pendakian bermula. Pada sesiapa yang tidak tahu, Bukit Broga ni ada 4 peak (puncak). Mencabar.....memang mencabar!!!! Pada aku, yang paling mencabar adalah untuk sampai ke Puncak 1. Fuhhh!!!Memang mintak nyawa....dengan keadaan tanah bukit yang agak lembab sebab petang semalam tu hujan. Keadaan tanah yang tidak rata...dengan diapit hutan belantara di sebelah kiri dan kanan..dan kecerunannya menghampiri 45 darjah...memang sangat mencabar!!!
route to Peak 1...kecerunan 45 darjah...this is what i mean


on the way to Puncak 1
Setelah lebih kurang setengah jam mendaki, aku sampai di Puncak 1. Point to be taken...AKU!!! Sebab yang lain ada yg dah sampai...hehehe!!!But, yang penting bukan aku yang terakhir la...Bila jejak je kaki kat Puncak 1 tu...fuhhh!!!Memang timbul satu rasa kepuasan yang tak dapat dibayangkan...serius!!!Dan bila memandang ke bawah...rasa macam tak percaya je aku boleh sampai situ. Kawasan Puncak 1 tu luas...ramai hikers berhenti rehat kat situ..lepak2 jap...snap2 gambar sebelum sambung mendaki ke Puncak 2, 3 dan 4. Aku pada mulanya..ingat nak stop dah. Rasa ketar dah lutut ni tapi bila2 difikirkan sayang pulak kalau tak teruskan sebab antara Puncak 1 ke Puncak 2 tu dekat je lagi. So, aku and my cousins yang seangkatan dengan ku continue mendaki sampai ke Puncak 2...dan seterusnya hinggalah ke Puncak 3. Now, sampai masa untuk ke puncak terakhir iaitu Puncak 4. Laluan ke Puncak 4 agak sempit dan berbatu2. Team kami ada yang dah sampai di Puncak 4 especially kiddos. Setelah agak lama berehat kat Puncak 3 tu, my cousin and my uncle ajak naik terus sampai Puncak 4. Dah alang2 katanya. Tapi, aku memang dah tak larat masa tu. Lutut dah rasa ketar2 dah. Tak berani nak amik risiko...so aku stop sampai Puncak 3 sahaja. Beberapa orang cousin aku pun tak naik..sebab dah tak larat. Yang mana larat tu..diorang continue sehinggalah sampai ke Puncak 4 yang ada signboard "PUNCAK BUKIT BROGA-400m".
Laluan ke Puncak 4...sempit kan??
mereka yang berjaya:Ayu, Kak Ana & Kiddos
good job guys:Pakli, Abg Zaidi, Abg Epul & Kiddos
fully spirited couple:Abg Epul&Kak Ana
Kami yang tak continue ni berehat2lah di Puncak 3 sambil menikmati pemandangan yang....SUBHANALLAH...teramatlah cantiknya....speechless sekejap. Cantik sangat...dengan cuaca yang pada pagi tu tak terlalu terik..dengan angin bukit yang nyaman...memang tak sia2 kitorang mendaki setinggi itu. Dah puas menikmati pemandangan, kami pun memulakan perjalanan untuk turun. Walaupun tak sepenat semasa mendaki, tapi tetap mencabar sebab jalan tanah yang agak lembab. Kami terpaksa berhati2 takut tergelincir...Finally, Alhamdulillah...kami selamat sampai semula ke bawah dengan selamatnya...tanpa sebarang kecederaan pada jam lebih kurang 9.30 pagi. Masa tu, kat bawah dah ramai orang mula meniaga..nasi lemak..air kelapa...aiskrim...tshirt pun ade jugak. Kami yang sampai dulu berehat menghilangkan lelah sambil menunggu yang lain2.
Puncak 3...cantik kan???
we are happy together...!!!
Akhirnya misi Broga kami tercapai dengan jayanya. Kesimpulannya, memang enjoy!!!! Selain dapat sihatkan badan dan menikmati keindahan ciptaan Allah SWT...boleh juga dijadikan medan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. So, I strongly suggest this activity to you guys out there...give a try...you'll never regret!!Trust me...

Till then...Annyeong!!!!


#more pictures below...

...mission accomplished!!!...
...berkelah hilangkan lelah...
take a breath...smile!!!
macam Darth Vader plak...hahaha!!!!
rehat jap


caiyok abang Zaidi!!!
"Hayyan nak haik hukit.."
Breakfast treat oleh Inspektor Sahab



No comments:

Post a Comment